Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'SEJATI' LAGU TERBAIK SEPARUH AKHIR MUZIK-MUZIK 32 MINGGU PERTAMA


Ahad lalu, 10 buah lagu telah melakukan persembahan di Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 (SFMM32) minggu pertama dengan lagu 'Sejati' ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan telah dipilih sebagai lagu terbaik. 


Namun, lagu nyanyian asal Faizal Tahir yang telah disampaikan oleh Azmi Caliph Busker itu tidak semestinya akan terus layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32). 

Persembahan minggu pertama telah diadili oleh juri professional AG Coco, Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY, Pak Ngah dan Datuk Mokhzani selaku ketua juri.

Kak Fas setuju dengan pemilihan tersebut sebab 'Sejati' memang sedap didengar semoga jika terus masuk peringkat akhir harap penyanyi asalnya Faisal Tahir dapatlah hadir untuk mendendangkannya.

Apa pun dibawah senarai 10 buah lagu yang telah membuat persembahan mengikut turutan::


No
Lagu
Artis
Komposer
Penulis Lirik
1.        
AISYAH
PROJECTOR BAND
Razif
Razif
2.        
BUKAN PROPAGANDA
SYAMSUL YUSOF & MAWI
Syamsul Yusof
Syamsul Yusof
3.        
AKHIRNYA, CINTA
SALMA
Ajai
Slen
4.        
SEJATI
AZMI CALIPH BUSKER
Faizal Tahir & Mike Chan
Faizal Tahir & Mike Chan
5.        
BAYANG
KHAI BAHAR
Alam (Harry Khalifah)
Patrick Anahoda
6.        
DISANA CINTA DISINI RINDU
TAJUL & WANY HASRITA
Patrick Kamis
Patrick Kamis
7.        
MATA
AYDA JEBAT
Audi Mok, Ayda Jebat, Shazee Ishak
Audi Mok, Ayda Jebat, Shazee Ishak
8.        
AMBOI
ALTIMET
Navigator
Altimet
9.        
AKU YANG SEBENAR
HAZAMA THE PENGLIPUR LARA
M.Nasir
Ad Samad
10.    
SEGALANYA
HAQIEM RUSLI
Ibnu, Gouffran  & Danny
Ibnu, Gouffran

















Pentas SFMM32 minggu pertama telah dibuka dengan persembahan memukau oleh Dayang Nurfaizah yang menyanyikan lagu Lelaki Teragung.  

Selain Dayang, separuh akhir minggu pertama turut dimeriahkan lagi dengan persembahan kumpulan Raihan dengan lagu Puji-Pujian dan Thank You Allah serta Ning Baizura & Jaclyn Victor dengan lagu Dimana Dimana dan Beribu Sesalan.




Jangan lupa untuk saksikan persembahan 10 buah lagu lagi di Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 minggu kedua pada 5 November ini, jam 10 malam di TV3.

 SFMM 32 boleh juga ditonton secara langsung di portal video tonton (www.tonton.com.my) dan juga youtube @TV3Malaysia. SFMM 32 turut disokong oleh Geng Radio iaitu Hot FM & Kool FM, Geng Media Harian Metro dan Berita Harian serta Geng Media Digital Ohbulan!. Orang ramai yang ingin menonton SFMM32 minggu kedua boleh mengambil tiket di Kaunter Pengawal Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 1 November ini bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.








Tiket adalah terhad. Jangan lupa untuk hashtag #SFMM32 bagi menghangatkan lagi minggu Separuh akhir Muzik-Muzik 32 di laman sosial anda!.  

(KIRI: Hazama & Khai Bahar..











(Pix Kiri: Salma dan Altimet turut
berjaya di peringkat separuh akhir Muzik Muzik 32 minggu pertama ini. 

Apakah mereka layar ke Final? Kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya nanti ya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan